Wednesday, 11 April 2012

Sensitiviti generasi muda terhadap isu semasa: Cabaran dan Masa Depan



| Print |

فأحسنَ الكلامِ كلامُ الله و أحسنَ الهدىِ هدىُ محمدٍ صلى الله عليه و سلم. ألا و إياكم و محدثات الأمور فإن شر الأمور محدثاتُها و كلَّ محدثاتٍ بدعةٌ كلَّ بدعةٍ ضلالةٌ و كلَّ ضلالةٍ في النار.

MUQADDIMAH.
Generasi muda   adalah aset ummah  dan ia merupakan satu institusi utama untuk menggerakkan  ummah. Kekuatan tenaga,  kecerdasan mindadan ketinggian  semangat meletakkan generasi muda  di saf hadapan.

Sabda Rasulullah saw.
أُوْصِيْكُمْ بِالشَّبَابِ خيرًا فإنَّهُمْ أرِقُّ أَفْئِدَةً لقد بعَثنِيَ اللهُ باْلحَنِيْفِيّة السَّمْحة فَحالَفَني الشبابُ و خالَفني الشُّيوخ.
Maksudnya:
Aku berwasiat kepada kamu supaya menanggapi pemuda dengan sebaik mungkin kerana sesungguhnya mereka memiliki jiwa yang mudah dibentuk (lembut dan unik). Sesunggguhnya Allah telah mengutusiku dengan ugama yang lurus lagi  tolerensi lalu aku telah dibantu kukuh oleh para pemuda sedang orang-orang  tua menyanggahiku.

Sabda Rasulullah saw.
إنَّ اللهَ لَيُعْجَبُ مِنَ الشَّبابِ الَّذي ليستْ لَه صَبْوَة.
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah mengkagumi pemuda-pemuda yang tiada baginya sebarang kerosakkan moral.
( Riwayat  Ahmad dan Abu Yu’la )

Generasi Muda sayugianya peka terhadap persekitaran dan isu yang timbul justeru di bahu merekalah terletaknya masa depan ummah. Generasi Muda adalah tiang dan harapan ummah. ( Fakta ini adalah jelas kerana:  antara elemen pembentukan ummah ialah menganalisis suasana semasa dan suasana semasa seringkali dipengaruhi oleh isu semasa.)
Generasi Muda tak selayaknya alpa  dibuai mimpi  dan impian palsu, sebaliknya insaf menangani realiti yang mencabar dengan  daya sensitiviti tinggi terhadap isu yang berlaku.

Sabda  Rasulullah  saw.

و من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم

“…  dan barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan orang muslim yang lain maka ia bukan dari kalangan mereka.”
Saiyyidina Omar Al Khattab Rha. Berkata:

إنما تنقض عرى  الإسلام عروة  عروة  إذا   نشأ في الإسلام من لم يعرف  الجاهلية

“ sesungguhnya terungkai ungkaian Islam ( dari seseorang ) serungkai demi serungkai apabila wujud di dalam Islam mereka yang tidak mengerti dan mengenali Jahiliyyah.”

CABARAN UTAMA YANG PASTI DIHADAPI.
Paling minima, cabaran utama yang akan ditempohi oleh generasi muda dalam membentuk dan membina  kewibawaan ummah serta keunggulannya ialah:
Ø       Sukar untuk mencipta Isu
Ø       Gagal untuk manafaatkan Isu yang timbul
Ø       Isu membalikkan arca negatif ( back fired )
Ø       Sifat Isu yang mudah luput
Ø       Tidak menafsirkan isu dengan tepat

Lantaran itu, Generasi Muda  sewajarnya  memiliki keupayaan dalam menghadapi cabaran ini, suatu cabaran yang tak mungkin mampu di atasi  tanpa sensitiviti tinggi dan tahap pembacaan  Isu  yang tajam dan berpengalaman.
Tanpa persiapan sedemikian, Generasi Muda akan  terperangkap dalam manipulasi  musuh yang amat  licik. Realiti  hari ini mempamerkan  suatu  hakikat yang amat meresahkan kita apabila ramai pemuda/i muslim  tersungkur di hadapan musuh seterusnya menjadi agen musuh.
Baginda Rasul saw. telah mengisyaratkan  supaya  berwaspada dari tipu helah itu kerana  menyedari  “jiwa kepemudaan” Generasi Muda  mudah dipengaruhi.
إِغْتَنِمْ خَمْسًا قبْلَ خمسٍ حياتَك قبل موتِك و صِحَّتَك قبلَ سقمِكَ و فراغَكَ قبلَ شُغْلِكَ و شبابَكَ قبلَ هَرَمِكَ و غِناكَ قبلَ فَقْرِكَ.                                                                                             ( رواه الحاكم )

Maksudnya:
Peliharalah lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain: Hidupmu sebelum datang matimu, sihatmu sebelum datang sakitmu, kelapanganmu sebelum datang kesibukanmu, mudamu sebelum datang tuamu dan kayamu sebelum  datang faqirmu.
Sabda Rasulullah saw:

لا تزولُ قدَماً عبدٍ يوم القيامةِ حتى يسألَ عن أربعٍ: عن عُمْرِهِ فيما أَفْناهُ     و عن شبابِهِ فيما أَبْلاهُ   و عن مالِهِ مِنْ أَيْنَ اْكْتَسَبَهُ و فيما أنفَقَهُ   و عن عِلْمِهِ ما عملَ فيه.
Maksudnya:
Tidak berganjak kaki  seorang hamba pada hari qiamat sehingggalah ia disoal berkenaan dengan empat perkara:Ke manakah dihabiskan umurnya,  bagaimana ia manafaatkan usia mudanya, dari mana diperolehi hartanya dan ke mana pula ia belanjakannya dan  apa yang telah direalisasikan ilmu miliknya.
( Riwayat At- Tarmizi )

Antara  isu yang menguji keperihatinan Generasi Muda hari ini, sering kali timbul dalam wajah serangan pemikiran, keruntuhan moral, dan tentangan pemerintahan sekular.

ISU DALAM WAJAH: SERANGAN PEMIKIRAN

Serangan pemikiran dihadapkan kepada ummat Islam, jua kepada semua pemuda/i secara  khusus untuk menghancurkan Islam  dan ianya  datang dari segenap arah.

1. Barat
Sebahagian besar serangan   pemikiran ini berpusat di Barat.  Sebagaimana  diketahui umum , barat bertanggungjawab   mengibar panji sekularisme  yang memenjara   agama dengan  dinding  rumah-rumah ibadat.

Ø                   Dalam hal  pentadbiran, Barat  mengemukakan fahaman sekular yang menjarakkan ugama dari urusan  hidup  sehari .  فصل الدين عن الحياة
Ø                   Begitu juga  dijauhkan  agama   dari pemerintahan

فصل الدين عن الحكومة و الدولة


Ø                   Sementara  dari urusan ekonomi,  Barat mendokong prinsip kapitalis dengan  orentasi ekonomi Ribawi. Urusan politik pula,Barat menaja  prinsip  demokrasi dengan menganggap suara ramai adalah suara Tuhan.

Ø                   Urusan kemasyarakatan jua demikian ,  Barat mengemukakan prinsip kebebasan bersuara dan kebebasan memilih sikap dan   cara hidup serta berfikir sehingga kebebasan itu membawa kepada pengharusan apa yang diharamkan oleh Allah dan  yang bercanggah dengan fitrah  kejadian manusia.

2. Timur  Blok Komunis
Suatu blok yang mengibar panji Sosialisme atau  Komunisme  yang mendokong prinsip Ilhad (tidak bertuhan)  dengan usaha gigih mereka untuk menjauhkan manusia dari Manhaj Ilahi  dan hak hukum hakam Islam.
Kenapa   Barat dan Timur   Menyerang    Islam.     ( Sifat Isu ini berpanjangan )
Justeru  Islam mempengaruhi aqal  dan pemikiran manusia  dan ia tersebar  ke seluruh dunia dengan begitu cepat  sementara ummat  manusia  berduyun-duyun menganut agama Islam  dengan penuh  ketaatan  tanpa sebarang paksaan.

Firman Allah swt:
إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ.   وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا .  فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ
كَانَ تَوَّابًا
Maksudnya:
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
( An Nasr  1- 3 )

Rancangan   Jahat  Mereka
Setelah menyedari  bahawa mereka tidak akan  berupaya  untuk  menjatuhkan Islam dengan peperangan bersenjata, maka mereka  melancarkan propaganda-propaganda sulit dalam pelbagai wajah isu untuk tujuan tersebut.

Ianya bermula dengan rancangan  menghapuskan   Sistem Khalifah yang menjadi tunggak kekuatan  ummat Islam kerana sistem ini telah berupaya menyatukan dan membentuk ummat Islam serta kestabilan politiknya. Gerakan penjajahan ke atas  negara-negara ummat Islam telah memainkan peranan utama untuk menjatuhkan Khilafah Islamiyyah.Mereka melebarkan   empayar dengan falsafah politik keji mereka  (  فرِّق و تَسُد  ) atau "divide and rule"  ( pecah  dan  perintah )

Kejatuhan sistem khilafah bermula apabila penjajah berjaya menjatuhkan Sultan Abdul Hamid dan menyerahkan Turki kepada Mustapha Ata-Turk dari Yahudi   Daunama dengan syarat-syarat berikut:
  • Hapuskan Sistem Khilafah sama  sekali
  • Isytihar Negara Sekular
  • Mengekang gerakan  Islam
  • Mengganti perlembagaan Othmani  Al-Islami kepada perlembagaan  atau undang-undang sivil ciptaan manusia.

Generasi Muda yang dihormati sekelian,
Tindakan jahat mereka tidak terhenti setakat itu, malah mereka meneruskan semangat permusuhan mereka terhadap ummat Islam dengan  memastikan aqidah dan fikrah ummat Islam turut diperangi.
Musuh-musuh Islam dengan pelbagai nama seperti Kristianisasi, Orientalis, Penjajah, Komunis, Yahudi dan  sebagainya bekerja keras untuk mencapai matlamat  mereka yang satu iaitu mengeluarkan ummat Islam  dari agama mereka atau sekurang-kurangnya dapat mencampakkan keraguan pada aqidah Islamiyyah dan merosakkan kejernihan akhlaq Islami.
Rancangan  jahat terhadap Islam dengan tipu daya mereka  yang licik terbentuk pada 4 gerakan iaitu:
a)  Gerakan Komunis                                         مخططات الشيوعية
b)  Gerakan Solibiyah                                         مخططات الصليبية
c)  Gerakan Yahudi dan Freemason                     مخططات اليهودية و الماسونية
d)  Gerakan Munafiqin                            مخططات العملاء في الداخل


i)   Gerakan Komunis [1]
Serangan Komunis terhadap  Islam tidak sahaja melibatkan fikrah tetapi juga sampai  ke peringkat pertumpahan darah dengan  maksud menghapuskan   Islam dan ummatnya.
Pada permulaan Revolusi Komunis iaitu pada tahun 1917, satu Mu’tamar Islami telah diadakan  di Khukand demi menuntut hak pemerintahan sendiri di Turkistan. Namun  malangnya, secara tiba-tiba tentera Rusia telah menyerang dan  membunuh beribu-ribu ummat Islam dengan  kejamnya. Rumah-rumah mereka diruntuhkan dan harta mereka telah dirampas.
Satu  sumber rasmi Rusia sendiri telah melaporkan bahawa ummat Islam   yang menjadi mangsa pemerintahan mereka dalam tempoh setahun   (1917-19118)  ialah seramai satu juta.
Pada tahun 1928, Rusia telah berjaya menghapuskan kerajaan Islam Khukand.
Pada tahun 1930,  kerajaan Islam Bukhara pula telah dijatuhkan  dan  mereka juga telah meragut banyak nyawa di bumi Afghanistan. Demikianlah Kominis telah berjaya membunuh 20 juta ummat Islam  melalui serangannya yang bertubi-tubi tanpa henti   sepanjang 50 tahun.

Semangat  Penentangan  Komunis  Terhadap   Islam
1.   Pada tahun 1913, LENIN telah  menegaskan: “Tidak benar bahawa Allah yang       mentadbir alam,akan tetapi Allah adalah pemikiran  khurafat yang dicipta oleh  manusia    untuk berlepas diri dari kelemahannya. Justeru itu, setiap individu yang bertegas dengan pemikiran  tersebut adalah seorang yang jahat dan lemah.
2.   MARK  telah menjelaskan bahawa  “Tidak ada tuhan  dan  kehidupan adalah berbeza”
3.   Akhbar Supteshia Bravda  dalam tahun 1954   menyatakan: Kepercayaan kepada Allah adalah peninggalan orang-orang dahulu yang bodoh.
4.    Mu’tamar ke 22,jawatankuasa pusat Parti Komunis Soviet  telah membuat ketetapan bahawa: Kita menyedari bahawa kekalnya kesan keugamaan  dalam masyarakat  Rusia. Hari ini, kita masih menghadapi ancaman dari kawasan-kawasan orang Islam. Lantaran itu,mu’tamar ini menegaskan keazaman untuk menentang kebangkitan Islam habis-habisan.

Kesan  Pembawaan  Komunis  di Dunia  Islam
Berselindung di sebalik slogan  sama  rata  dan keadilan masyarakat serta memeranggi Imperialis, mereka telah berjaya memperdaya ummat Islaam sehingga Lahore  sebahagian ummat.yang keliru  tentang Wujudiah Rabbaniah..
Menimbulkan isu untuk menanggapi agama  sebagai  “Candu” masyarakat dan mendorong manusia membebaskan  diri  dari ikatan  agama  dan akhirnya  syiar Islam tidak lagi berdiri  megah. Sebaliknya, menjadi  asing di tengah ummat Islam sendiri.

Sabda Rasulullah saw:

بَدأَ   اْلإسْلامُ غَرِيباً فَسَيَعُوْدُ غَرِيباً كما بدأ  فَطُوْبَى لِلْغُرَبَاء

Maksudnya ;
Islam  telah bermula  dalam keadaan dagang dan ia akan kembali menjadi dagang maka berbahagia orang-orang yang dagang ( asing )

b) Gerakan Solibiyyah
Suatu  gerakan  Nasara dengan semangat permusuhan yang tinggi sreta dendam kesumat yang mendalam untuk  membinasakan Islam daan ummatnya. Solibiyah menyusur untuk menjatuhkan Islam melalui beberapa gerakan licin termasuklah Orientalis, Missionerry dan penjajahan dengan membawa  tekad dan hadaf yang satu.

Noktah   Utama  Dalam  GERAKAN SOLIBIYYAH.
1.  Bertindak keatas  kerajaan  Islam   dan menghapuskan Sistem  Khilafah.
2.  Bertindak keatas sumber utama  syariat Islam   al-Quran dan al-Hadis.
3.  Merosakkan  fikrah Islamiyyah   di kalangan ummat Islam.
4.  Memecahkan  kesatuan  ummat Islam.
5.  Merosakkan wanita-wanita muslimah   melalui  gerakaan  “Women  Liberation “ dan  sebagainya.

Wasilah-wasilah Mereka
1.   Mendidik  anak-anak orang Islam di madrasah -madrasah mereka .
2.   Menyebarkan Risalah Tabsyiriah dan buku-buku mereka.
3.   Khidmat kebajikan masyarakat.
4.   Melalaikan masyarakat dengan hiburan,arak,perrempuan dan sebagainya.
5.   Menghantar lebih ramai  pendakwah-pendakwah Kristian  ke negara-negara ummat Islam.

c) Gerakan Yahudi dan Freemason
Firman Allah swt:

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا

Maksudnya:
Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.
( Al Maidah  82 )
Yahudi merupakan musuh tradisi  ummat Islam dan ia merupakan penggerak utama semangat permusuhan terhadap ummat Islam.


Gerak  Jahat  Yahudi
1.  Menubuhkan  kerajaan Israel pada tahun 1948 di kawasan suci ummat Islam yang mana ia telah dijadikan sebagai pusat propaganda  mereka terhadap Islam dan ummatnya. Mereka bekerja keras untuk menghalau ummat Islam daan membinasakan tamadun Islam.
2.  Pengisytiharan  kemerdekaan Israel  padaa 15 Mei   1948 telaah dilakukaan oleh Ben Ghorion. Sehubungan dengan itu, semua negara Mustakbirin Amerika dan Rusia  segera mengiktirafnya  kerana dengan wujudnya negara Israel, maka tercapailah hasrat mereka untuk bersama-sama menjajah Islam.
3.  Membentuk pertubuhan-pertubuhan Yahudi, iaitu:
Ø Kerjasama Israel Antarabangsa
Ø Mu’tamar Yahudi   Antarabangsa
Ø Kesatuan Sahafi ( wartawan ) Yahudi Sedunia
Ø Majlis Penasihat  Pertubuhan-pertubuhan  Yahudi
Ø Pertubuhan Israel Sedunia
Ø Majlis Yahudi  Rabbani Sedunia
Ø Pertubuhan Zionist Sedunia
Sementara agen-agen rahsia mereka  ialah:
a)                Freemason
b)                Rotary Club
c)                 Lions Club


Freemason, Rotary dan  Lions
Pertubuhan-pertubuhan  rahsia ini memainkan peranan untuk menyalurkan mesej  Yahudi untuk  kembali menbina kerajaan  Yahuza dan seterusnya menguasai alam.Mereka  mempengaruhi manusia dengan program-program  kebudayaan, sukan, hiburan-hiburan dan lain-lain lagi  untuk  “brain wash” pemuda/I,sekaligus memesongkan  mereka  dari tatasusila  murni. Yahudi akan menggunakan apa  saja cara yang boleh mencapai matlamat  mereka Prinsip ini dikenali sebagai  الوصولية.
Protokol Zionist ke-5 menjelaskan bahawa akan sampai  kesatu taahap  yang tinggi dalam penguasaan  politik mereka melalui kaedah  الغاية تبرر الوسيلة .
Melalui protokol ke-11,Yahudi mengisytiharkan bahawa ummat selainYahudi ialah kumpulan-kumpulan kambing yang lemah  dan  hina.  Adapun  mereka  orang-orang Yahudi merupakan  serigala-serigala yang mulia dan perkasa.
(  Protokol pemimpin Zionist adalah ketetapan dan resolusi rahsia yang diputuskan dalam mu’tamar  pemimpin-peminpin  Zionist yang  diadakan  buat   kali yang   pertama di Bal ( بال ) Switzerland pada tahun 1897. Protokol ini akhirnya terdedah buat kali pertamanya. Ia didedahkan oleh Sergius Neilus  yang merupakan seorang  pengarang Nasrani. ) [2]

Objektif Politik Zionist
1.  Penguasaan ekonomi
2.  Kekuatan tentera
3.  Penguasaan media massa
4. Pengaruh kebudayaan dan serangan pemikiran.

d) Gerakan munafiqin dan aktor mereka  dari dalam.
Kebanyakan mereka adalah  dari kalangan  kaum baangsa  kita , mereka bertutur bahasa yang kita  gunakan  dan berpakaian dengan  pakaian  orang-orang Islam.Tetapi mereka mempunyai hubungan yang erat dengan musuh-musuh Islam samada  Komunis Mulhidah  atau  Solibiyyah Haqidah  atau Yahudi  Makirah  atau  Penjajah Mudhallalah.
الشيوعية الملحدة  /  الصليبية الحاقدة  /  اليهودية الماكرة  /  المذاهب الإستعمارية المضللة   ))

Ancaman  golongan ini  merupakan suatu yang  paling bahaya  justeru ia menyusup masuk  ke dalam saf-saf  kita.  Mereka menguasaai ummat Islam  dengan  penguasaan  terhadap kementerian-kementerian,  media  massa,  jabatan-jabatan  pendidikan, muassasah-muassasah, yayasan-yayasan, badan-badan berkanun dan  badan -badan  swasta.
Lantaran itu, dengan tidak disedari,   mereka telah meresapkan ideologi daan  budaya mereka  di tengah-tengah masyarakat ummat Islam dan  memaksa ummat Islam menerima tanpa disedari. Sehingga ummat Islam larut dalam ideologi dan budaya mereka yang keji sebagaimana yang berlaku hari ini. Aduhai Generasi Muda , ingatlah penegasan Ilahi:

لا يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي الْبِلادِ .   مَتَاعٌ قَلِيلٌ ثُمَّ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمِهَادُ


Maksudnya:
Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka). (Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan.
( Ali Imran  196-197 )

APA YANG HARUS DILAKUKAN OLEH GENERASI MUDA UNTUK MENGHADAPI CABARAN TERSEBUT
1.  Tingkatkan kesedaran Thaqafah dan Tasawwur ( ilmu pengetahuan ) menghadapi serangan pemikiran yang kian sengit dan mencabar.
2.  Memelihara  aqidah Imaniah sehingga mampu menangkis segala syubhah dan helah aqidah yang dilontar oleh musuh dalam apa jua bentuk isu.
3.  Bergabung dengan kepimpinan Islam dan gerakerjanya. Kita akan selamat dari lingkaran propaganda yang penuh fitnah dan kekeliruan sehingga lahir golongan teras yang terpilih untuk membantu ugama Allah  swt.
4. Membina semangat jihad dan daya prihatin yang tinggi untuk mempertahankan Islam dan ummat dari serangan pemikiran. propaganda isu dan keganasan senjata musuh, sehingga kita berjaya mengembalikan kecemerlangan Islam.
Firman Allah swt:

فِي بِضْعِ سِنِينَ لِلَّهِ الأَمْرُ مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ .    بِنَصْرِ اللَّهِ يَنصُرُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرحيم
Maksudnya:
Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira -Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
( Ar Ruum  4-5 )

ISU DALAM WAJAH: KERUNTUHAN MORAL.


Kepincangan nilai dan keruntuhan moral Generasi Muda hari ini amat membimbangkan, sehingga ia menjadi satu  masaalah kronik bagi negara-negara ummat Islam. Keruntuhan ini adalah natijah dari pakatan jahat yahudi dan barat yang mengorientasikan budaya kuning untuk meneruskan penjajahan mereka keatas minda ummat Islam.Mereka meransang nafsu dan menaja sex bebas serta hiburan  yang tidak terbatas untuk menyeret pemuda-pemudi menjadi liar dan buas semata-semata mencari  kepuasan yang tak kunjung puas. Media massa cetak dan elektronik turut memainkan peranan untuk menuang minyak ke atas nyalaan api nafsu yang membara, mencetus noda dan dosa tanpa mengenal ketika dan masa pula  tidak memperdulikan azab dan  neraka.
Majallah-majallah dan video -video lucah laris di pasaran sementara ia mudah diperolehi tanpa segan silu, malah ianya suatu yang rutin  bagi generasi muda hari ini.  Masyarakat bandar dan desa tidak terlepas dari bahang runtuhan moral yang berlaku di celah-celah pembangunan yang  mencakar langit. Penyakit AIDS dan HIV marak menular angkara  runtuhan moral yang kian parah bagai satu amaran keras dari ilaahi buat semua manusia agar sedar dan insaf. Barat menaja kebebasan untuk terus memancing ummat Islam agar terus asyik dan alpa dengan runtuhan nafsu syahwah. Mereka mendakwa kebebasan adalah kebabanggan antarabangsa.
KEBEBASAN TAJAAN BARAT
1.  Bebas dari kongkongan tanggungjawab di rumah. Sehingga mereka  lebih senang mengunjungi kelab -kelab malam dan  pusat-pusat hiburan dari  tingggal di  rumah.
2.  Bebas berpakaian malah  sampai  keperingkat berpakaian  tetapi  telanjang.
3.   Bebas bertindak  tanpa terbatas  kepada disiplin, akhlak  dan tatasusila . Adab kesopanan dianggap suatu  kongkongan kehidupan.
4.  Bebas beraqidah dan memegang prinsip.
5.  Pembebasan wanita dengan menuntut hak  yangg sama seperti lelaki dan tidak lagi  sebagai  suri  rumah atau pembantu lelaki.
6.  Kebebasan  bersuara dan menyatakan pendapat sekalipun ianya menyentuh pihak yang lain. Ini membuka ruang untuk mereka menghina  Islam.
7.  Kebebasan media massa  sehingga ia diluar kawalan  adab kemanusiaan.  Sementara media ini menjadi salah satu saranan penting untuk mencetak minda masyarakat. ( dalam masa yang sama mereka mengekang  Islamic media )

ISU DALAM WAJAH: TENTANGAN PEMERINTAHAN SEKULAR
Pemerintahan sekular adalah sebuah pemerintahan yang menjarak agama dari politik.( أد ما لقيصر لقيصر  و ما لله لله ).  Ini bererti semua orentasi pemerintahan dan pentadbiran negara bebas serta tidak terikat dari prinsip dan pandangan agama. Sebaliknya berasaskan kepada apa yang dipandang baik oleh pemerintah.
Sedang Islam adalah satu agama yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia termasuk urusan pemerintahan negara mestilah tunduk dan patuh kepada hukum Ilahi
وَأَنْ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنْ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ .   أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنْ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ.   يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal-kepada orang-orang yang penuh keyakinan-tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.
( Al Maidah 49-51 )

Pemerintahan sekular adalah natijah kepada serangan pemikiran yang dihadapkan kepada ummat Islam. Ianya berfungsi untuk membendung semangat beragama yang ada pada ummat Islam sekaligus mereka mampu mematahkan usaha penguasaan terhadap ummat Islam.

Antara tindakan yang diambil untuk mengekalkan pemerintahan sekular ialah:

1) Menyebarkan fikrah tidak beragama     (فكرة اللادنية    )
  • Mereka memaksa  pemikiran ini bertapak di minda ummat Islam dengan apa jua cara termasuk kekerasan.
  • Mereka memaksa anak-anak ummat Islam mempelajari sejarah dan tamadun Barat melalui sistem pendidikan yang terpisah jauh dari ruh Ubudiyyah.
  • Melontarkan istilah-istilah negatif kepada pejuang Islam seperti pelampau, ekstrim dan lain-lain untuk menanam rasa benci kepada Islam dan pejuangnya di hati generasi muda.
  • Menganjur perhimpunan yang bercampur gaul lelaki dan perempuan sehingga ia dianggap rutin dan bertamadun serta terkini.
  • Mencipta pelbagai fesyen pakaian yang mendedahkan aurat.

2) Mengekang Harakah Islamiyyah
  • Mereka meletakkan Harakah Islamiyyah sebagai musuh utama mereka yang mampu menggugat kestabilan pemerintahan mereka dan mampu kembali menyatukan kesatuan ummat Islam.
  • Lantaran itu, mereka mengambil tindakan tegas demi menghalang Harakah Islamiyyah. Pelbagai tuduhan dan helah ( isu ) dilakukan semata-mata untuk memastikan Harakah Islamiyyah berkubur.
3) Undang-undang ciptaan manusia
  • Hasrat mereka adalah untuk melenyapkan syariah Islamiyyah daripada terus bertapak  di bumi dan di hati ummat Islam.
  • Mereka membentuk demokrasi dan undang-undang ciptaan manusia untuk mentadbir negara dan masyarakatnya  sebagaimana mereka meletakkan sistem kapitalis dalam pengurusan ekonomi.
  • Memecahkan kesatuan negara-negara ummat Islam kepada negara-negara kecil yang mempunyai undang-undang masing-masing selain dari syariat Islamiyah.
  • Mengekalkan prinsip politik sekular mereka ( pecah dan perintah ).

4) Sistem pendidikan sekular
  • Suatu sistem yang membuatkan pemuda/i tidak  mengenal Islam malah tidak mengenal lagi kalimah syahadah.
  • Sistem yang memburu kehidupan dunia yang sementara dan lupa kehidupan akhirat yang kekal.
  • Sistem yang memuja kebendaan dan kedudukan serta memandang rendah hidup beragama.
  • Sistem yang membuang jauh ruh agama dari setiap mata pelajaran yang dikemukakan di peringkat sekolah dan universiti.
  • Sistem yang mendidik pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sejak di peringkat bawah hingga ke peringkat universiti.
  • Menghapuskan tulisan jaawi atau huruf al-Quran dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dunia agar ummat Islam jauh dari sumber utama syariat mereka.

WAHAI GENERASI MUDA ……MASA DEPAN DITANGANMU !!

Dan ianya Milik Islam …..
Kealpaan dan sikap tidak mengambil berat merupakan agen pembunuh yang sangat berbahaya. Ia mampu membunuh stamina  perjuangan seorang aktivis sekaligus mampu melumpuhkan sebuah gerakan Islam yang besar jika kehadirannya tidak dibanteras.
Islam adalah suatu agama yang optimis, sensitive dan responsive, ia melarang ummatnya beku membatu diri, pasif dan dhoif. Sungguhpun suatu kenyataan bahawa  kini ummat islam telah ditekan dan ditindas serta dikepung dari segenap arah oleh musuh-musuh Islam yang begitu ramai dan memiliki segala kelebihan maddiah.
Namun, sebagai seorang pemuda muslim, kenyataan itu tidak sewajarnya menjadikan kita kaku dan berputus asa terhadap amal  Islami malah sebaliknya menyemarakkan semangat perwira dan jiwa kepemudaan untuk menghadapi segala kemungkinan. Justeru Islam bukanlah satu agama yang menjanjikan kemenangan dan kejayaan di dunia malah ia satu agama yang membawa berita gembira untuk kemenangan di dunia dan di akhirat.
Penguasaan Kuffar akan tiba hari dan saatnya untuk ia jatuh tersungkur mencium bumi bersama kebesaran dan keangkuhan mereka. Namun khabar gembira ini adalah suatu yang amat mahal nilai harganya. Ia tidak mungkin berlaku tanpa pengorbanan dan kegigihan pejuang-pejuang Islam yang tidak mengenal erti penat dan  putus asa, demikianlah sunnatullah

إِنْ يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِثْلُهُ وَتِلْكَ الأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَتَّخِذَ مِنْكُمْ شُهَدَاءَ وَاللَّهُ لا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ

Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.
( Ali- Imran  140 )


وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُم فِي الأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمْ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمْ الْفَاسِقُونَ
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.
( An-Nuur-55 )

Isu Denmark Dan Jihad Ekonomi

Walaupun agak lama kita amat terluka melihat umat yang dipukul bertalu-talu. Namun apa yang berlaku kebelakangan ini, dapatlah menjadi sedikit pengubat bagi keperitan itu. Isu lukisan kartun yang menghina kekasih dan hati nurani umat ini iaitu baginda Nabi s.a.w telah membangkitkan kemarahan yang hebat. Ia bukan sekadar demonstrasi jalanan yang berakhir setelah letih menjerit dan habis kain bendera untuk dibakar.

Bahkan ia disertai dengan tindakan pemulauan barangan Denmark yang benar-benar memberikan kesan ekonomi kepada negara terkutuk itu. Allahu Akbar!!! Umat ini masih hidup rupanya. Kali ini bukan sahaja rakyat bawahan, bahkan kerajaan dan pemerintah umat Islam juga sudah berani bersuara.
Kerajaan Arab Saudi menjadi bintang yang bercahaya apabila mereka menarik balik duta dan memulaukan barangan Denmark. Rakyat Arab Saudi dan negara-negara Teluk yang lain memulaukan dengan serius barangan Denmark. Barangan negara keji itu dikeluarkan sendiri oleh empunya-empunya pasaraya dari rak-rak jualan mereka. Persoalan untung rugi harta sudah bukan keutamaan lagi apabila kekasih tercinta RasululLah dihina. Kaum muslimin di kebanyakan negara Arab menyahut seruan tersebut, khusus negara-negara Teluk yang kaya-raya. Ternyata ia amat berkesan. Ekonomi syarikat-syarikat Denmark yang berdagang dengan negara-negara umat Islam merudum jatuh. Sehingga syarikat-syarikat gergasi lain yang bukan dari Denmark terpaksa membuat pengemuman terbuka bahawa mereka bukan berasal dari Denmark.
Terbukti, umat ini sangat kuat jika bersatu hati. Kalaulah hanya ‘tidak membeli’ sahaja umat Islam boleh menggugat ekonomi sesebuah negara. Bagaimana jadinya jika kita ini negara pengeluar dan kuasa ekonomi yang ‘tidak ingin menjual’. Tentu kesannya lebih daripada itu. Namun apabila kita bercerai-berai kita menjadi lemah. Kita lemah kerana ramai di kalangan kita yang tidak berprinsip lantas tidak merasai kita satu ini satu juzuk dari umat Islam. Manusia yang tidak berprinsip akan mengukur setiap tindakan dengan habuan dunia semata. Prinsip hidupnya ‘apapun utamakan perut sendiri dulu’. Malang sekali jika kita tidak sensitif dengan isu Denmark, sedangkan rakyat Palestin dan Afghanistan sekalipun sentiasa dihimpit tetap bangun meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada dunia apabila Rasul yang mulia telah dihina. Arab Saudi paling hebat dalam kes ini dari segi kesan tindakan pimpinan negara dan rakyat. Walaupun mereka tidak buat sambutan maulid saban tahun sehebat kita, tetapi kesetiaan mereka lebih jelas. Sekalipun kita berarak maulid hebat saban tahun, namun kita tetap corot dari segi penampilan sikap. Ramai orang kita yang ‘tidak ambil tahu apa yang berlaku’. Barang kali ini boleh membezakan antara kecintaan yang tulen, dan penampilan kecintaan yang tidak berpijak atas asas yang kukuh.
Jika kuasa ekonomi dan harta digunakan dengan cara yang betul, memang banyak maruah dan harga diri umat dapat dibela. Kuasa ekonomi sangat penting. Namun yang lebih penting ialah akidah yang tulen yang memastikan kesetiaan kepada ALLAH dan RasulNya lebih dari kecintaan kepada harta. Jika tidak, yang bercakap pada ‘jihad ekonomi’ pun, takut hendak boikot barangan Denmark. Padahal ini sebahagian dari jihad ekonomi.
Justeru, sekalipun harta dunia sangat mustahak untuk kita miliki dan kuasai dalam persaingan era ini, tetapi harta tersebut hendaklah bersifat harta yang membela agama. Bukan mengganggu kesetiaan seseorang kepada agama. Dengan itu ALLAH menyebut dalam al-Quran: (maksudnya) “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)” (Surah al-Taubah: 24)
Jelas, jika kita ingin memperkatakan perjuangan umat Islam di sudut ekonomi, kita mesti menyiapkan manusia berakidah murni terhadap ALLAH dan RasulNya. Hanya golongan ini yang akan jujur terhadap umat ini. Kaum yang wala`nya jelas kepada ALLAH, rasulNya dan masyarakat Islam. Firman ALLAH: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang. (Surah al-Maidah: 54-56)
Jika tidak, jadilah kita kumpulan manusia yang kaya raya dan dengan kekayaan itu kita makin meninggalkan agamanya. Kempen kepada “Jihad Ekonomi” mestilah bermula dari pengukuhan akidah para pejuangnya sebelum terjun ke medan yang sengit itu. Ini kerana, cabaran dan ujian harta lebih dahsyat daripada cabaran dan ujian senjata. Di medan jihad senjata lagikan ada yang terseleweng tujuannya kerana inginkan harta rampasan perang. Inikan pula mereka yang berjihad di medan ekonomi. Malangnya, kempen jihad ekonomi yang diperkatakan oleh sesetengah pihak, titik perjuangannya bermula dari ‘aku ingin kaya’. Tanpa dikaitkan dengan perjuangan umat dan kehidupan akhirat. Maka apabila dia kaya maka dia pun menderhakai ALLAH s.w.t. dengan hartanya.
Jika diandaikan kebanyakan umat Islam ini kaya, tetapi mereka tidak teguh akidahnya, Islam tetap akan lemah. Bahkan kekayaan itulah yang akan memusnahkan agama. Dengan kekayaan itu, berbagai projek munkar akan dihidupkan. Ini seperti sabda Nabi s.a.w: “Demi ALLAH bukan kefakiran yang aku takut menimpa kamu. Tetapi aku takut dibentangkan kepada kamu dunia seperti pernah dibentangkan kepada mereka yang sebelum kamu. Lalu kamu bersaingan mendapatkannya seperti mana mereka dahulunya bersaingan, lantas dunia itu memusnahkan kamu seperti ia telah memusnahkan mereka”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kelemahan akidah telah mengheret umat ini kepada segala macam kelemahan yang lain. Kata Muhammad Qutb: (Berpunca) daripada kemunduran akidah, timbullah segala macam kemunduran yang menimpa Dunia Islam..kemunduran ilmu, ketamadunan, ekonomi,peperangan, pemikiran dan kebudayaan (Muhammad Qutb, Waqi’una al-Mu‘asir, m.s. 172, Saudi: Muassasah al-Madinah)
Akidah adalah tunjang kepada segala bentuk jihad. Jihad tidak lain hanya bertujuan untuk menjadikan kalimah ALLAH yang paling tinggi. Bukan untuk kepentingan diri. Malangnya, apabila asas ini tidak jelas, kempen mengkayakan orang Islam hanya sekadar untuk memenuhi tembolok masing-masing semata. Nama Islam dan jihad telah disalahgunakan. Dalam hadith Abu Musa r.a: Seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w dan bertanya: “Seorang lelaki berperang untuk (mendapat) harta rampasan perang, seorang lagi berperang agar dipuji, seorang yang lain berperang untuk mengangkat kedudukannya. Siapakah yang berada dalam jihad pada jalan ALLAH? Sabda baginda: “Sesiapa yang berperang agar kalimah ALLAH menjadi yang paling tinggi maka dia berada pada jalan ALLAH”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dunia hari ini sudah berubah dibandingkan dahulu. Bukan hanya kekuatan persenjataan yang menentukan penguasaan sesuatu bangsa atau negara itu terhadap percaturan dunia. Bahkan ekonomi juga memainkan peranan penting dalam menentukan percaturan dunia. Firman Allah:(maksudnya): Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh-musuh Islam) dengan apa yang kamu mampu dari segala jenis kekuatan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang disiapkan, untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu, serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. (Surah al-Anfal: 60)
Ayat ini adalah perintah Allah untuk muslimin menyediakan kekuatan menghadapi musuh-musuh umat. Kekuatan yang mesti disiapkan itu ialah dari jenis apa sahaja yang mampu menggerunkan musuh. Kuda adalah salah satu daripadanya yang dapat dilihat oleh manusia di zaman penurunan al-Quran dan juga selepas itu. Pada zaman sekarang dari segi persenjataan, senjata-senjata canggih yang wujud pula menduduki tempat tugasan menggerunkan musuh. Maka umat Islam mesti berusaha menyiap dan memilikinya. Di samping itu, kekuatan ekonomi juga adalah senjata baru dalam membina kekuasaan di era moden. Kekuatan ekonomi mampu membawa kepada hasrat yang sama iaitu menggerunkan musuh. Maka membina kekuatan ekonomi di zaman ini adalah satu tuntutan agama.
Namun seperti yang dijelaskan tadi, ia hendaklah berpaksikan akidah Islam yang tulen yang akan mewarnai segala tidakan kita. Kekuatan kita bergantung sepenuhnya dengan sejauh mana kita berpegang dengan Islam. Tanpa pertolongan ALLAH yang menurunkan Islam untuk manusia, mustahil kita dapat keluar dari kehinaan hidup dan kejatuhan maruah di pentas dunia hari ini. benarlah ucapan ‘Umar ibn Khattab:“Kita dahulunya adalah kaum yang hina, Allah telah memuliakan kita dengan Islam, andainya kita mencari kemuliaan selain dari apa yang telah Allah muliakan kita dengannya maka kita akan dihina oleh Allah” (Riwayat ini sanadnya disahihkan oleh al-Hakim dan disokong oleh al-Dhahabi. Lihat: Al-Hakim, al-Mustadrak, 1/237, cetakan Dar al-Ma’rifah, Beirut.)
Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi dalam bukunya Kaif Dakhala al-‘Arab al-Tarikh menggambar betapa Arab sebelum kedatangan Islam hidup dalam keadaan terpencil dari pentas sejarah. Sekalipun pada Arab itu ada ciri-ciri yang baik dan akhlak yang mulia. Mereka memiliki keberanian dan kepandaian dalam senjata, juga tunggangan kuda. Mereka mempunyai bahasa yang tinggi nilainya, indah dan baik. Malangnya kesemua itu tidak mampu membawa mereka ke persada sejarah yang gemilang. Namun mereka akhir berjaya memasuki pentas sejarah apabila mereka menjadi pembawa risalah dan hidayah. Sehingga al-Nadwi menyatakan: “Hendaklah orang Arab ketahui bahawa mereka tidak memasuki (pentas) sejarah kecuali dengan jalan risalah Islam dan dakwah islamiyyah. Allah tidak menumbuhkan kecintaan (orang lain) kepada mereka dalam jiwa dan hati, tidak tersebar bahasa mereka dengan sebegini luas, ia tidak kekal dan abadi, tidak ditulis dengannya ilmu yang banyak, tidak terbentuk dengannya perpustakaan yang begitu besar yang mana ulama bukan Arab mendapat habuannya lebih dari orang Arab sendiri, kecuali dengan sebab kelebihan al-Quran dan syariat Islam. Orang Arab tidak akan kembali kepada kedudukan mereka yang awal dan tidak akan memasuki (pentas) sejarah sekali lagi melainkan melalui pintu yang mereka masuk pada awalnya” (Al-Nadwi, Kaif Dakhala al-‘Arab al-Tarikh, m.s 26, India: Al-Majma’ al-Islami al-‘Ilmi)
Daripada akidah yang tulen lahirnya rasa ukhuwwah sesama muslim yang menggerakkan ekonomi dan kekuatan umat. Daripada akidah yang teguh dapat dibentuk sikap bertanggungjawab terhadap seluruh strategi yang diatur demi membangunkan umat. Tanpa akidah hilanglah ikatan persaudaraan atau ukhuwwah Islamiyyah yang menjadi penggerak kepada pembangunan ekonomi.
Sekiranya kesedaran akidah dan ukhuwwah islamiyyah mengenai tanggungjawab bantu membantu membangunkan ekonomi umat ini berjaya diterapkan, maka peluang ke arah menjayakannya di peringkat pelaksanaan adalah terbentang luas. Ini saya katakan berdasarkan faktor-foktor berikut:
i. Kuasa Membeli Yang Tinggi
Jumlah umat Islam yang banyak membawa kepada secara kelompok mereka memiliki kuasa membeli yang tinggi. Lihat sahaja kuasa membeli ini apabila digunakan dalam isu Denmark. Ini kerana jumlah umat yang banyak menjadikan keperluan barangan dan makanan mereka juga tinggi. Jika kuasa membeli ini dialirkan kepada membeli barangan yang dihasilkan oleh umat Islam sendiri, tentulah berlakunya kitaran ekonomi yang kuat di kalangan masyarakat Islam tempatan dan antarabangsa
ii. Sentimen Agama
Isu-isu seperti kebiadapan Barat, sikap anti-Islam mereka, pencerobohan ke atas negara umat Islam, mengenai makanan tidak halal dan seumpamanya telah menimbulkan keresahan kebanyakan umat Islam yang sensitif dengan penghinaan terhadap mereka. Umat Islam dipermainkan kerana mereka bergantung kepada orang lain dalam menghasilkan keperluan mereka. Dalam isu halal umpamanya, kesempatan ini boleh diambil agar memastikan keselamatan umat Islam dalam soal makanan. Maka kita menggesa mereka menggunakan produk muslim yang seakidah dengan mereka. Bahkan kita boleh mencadangkan agar bukan sahaja logo halal dikeluarkan, sebaliknya kita keluarkan logo yang melambang produk muslim-halal. Dengan itu wang umat kembali dialirkan ke tangan umat sendiri.
iii. Ketengangan Yang Wujud
Ketegangan yang wujud sekarang antara Blok Barat dan Umat Islam boleh membantu ke arah mewujudkan umat yang lebih memiliki jatidiri dan berdikari. Orang Islam khasnya arab rasa tidak lagi selamat berada di negara Barat. Mereka mula merubah arah ke negara-negara seperti Malaysia. Jika pelancong-peloncong Arab ramai yang enggan ke Barat lagi, mengapa tidak kita jadikan mereka juga hanya ingin membeli produk saudara muslim mereka sahaja.
iv. Banyak Ruang Belum Diterokai
Walaupun agak banyak produk muslim yang diwujud di pasaran, namun secara perbandingan kita masih ketinggalan jauh. Jika kesedaran yang ingin kita pupuk itu berjaya, ruang menghasilkan berbagai produk terbuka luas peluangnya untuk setiap muslim. Sehingga hari ini kita belum memiliki satu pasaraya yang memasarkan hanya barangan keluaran muslim. Jika ini dapat dijayakan, hasrat ke arah pembinaan kekuatan ekonomi muslim tempatan dan antarabangsa bertambah mudah.
Dalam perkara ini saya sering memetik kata-kata Maulana Abu Hasan ‘Ali al-Nadwi r.h. yang mengkritik dunia Arab dalam tulisannya dengan menyatakan: “Mestilah bagi dunia Arab sebagai dunia Islam bebas (memiliki sendiri) dalam perniagaan, harta, industri dan pendidikan. Bangsa mereka tidak boleh memakai melainkan apa yang tumbuh di buminya dan ditenun dengan tangannya…sesungguhnya dunia Arab tidak dapat dapat memerangi Barat- jika keadaan memerlukan demikian- selagi meraka memerlukan Barat dalam soal harta, pakaian dan barangan. Tidak ada pena yang digunakan untuk menandatangani sesuatu perjanjian dengan Barat, melainkan pena tersebut dibuat di Barat. Tidak ada senjata yang digunakan untuk memerangi Barat, melainkan senjata itu dibuat di Barat. Sesungguhnya adalah memalukan apabila umat Arab tidak dapat mengambil manfaat daripada sumber kekayaan dan kekuatan mereka sendiri. Adalah memalukan apabila air kehidupan yang mengalir di dalam urat mereka akhirnya sampai ke tubuh orang lain”.( Abu Hasan `Ali al-Nadwi, Maza khasira al-`Alam bi Inhitat al-Muslimin, m.s. 416, cetakan: Maktab al-Sunnah, Kaherah)
Dr. Yusuf al-Qaradawi mengeluh perkara yang sama dengan katanya: “Kekuatan ekonomi kita terbengkalai. Kita hidup di bumi Allah yang paling strategik, paling baik dan subur. Bumi yang paling banyak galian yang tersimpan dalam perutnya dan kekayaan yang bertebaran di atasnya. Malangnya kita tidak menggerakkan kekayaan kita, tidak bertani di bumi kita, tidak menghasilkan keluaran dari galian sedangkan bahan mentahnya dikeluarkan dari bumi kita…jadilah kita dalam banyak keadaan pengguna bukan pengeluar, pengimpot bukan pengilang. Kadang kala kita menghasilkan produk yang kita tidak memerlukannya dan kita abai menghasilkan barangan yang sangat kita perlukan. Kita berbangga dengan memiliki kereta–kereta mewah antarabangsa, sedang kita tidak tahu untuk membuat basikal sekalipun”. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Aina al-Khalal, m.s.12-13, cetakan Muassasah al-Risalah, Beirut)
Jihad Ekonomi hendaklah bertunjangkan akidah dan arahnya membina kekuatan umat atas acuan Islam yang tulen!!!.