Sunday, 1 April 2012

Peningkatan Tamadun

Tamadun Yunani


  •  Berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitarnya yang dikelilingi oleh Laut Aegean dan Laut Mediterranean.
  •  bermula dengan pembentulan petempatan manusia yang dikenali sebagai negara kota atau polis.
  • Negara kota terbentuk hasil gabungan beberapa buah kampung dan bandar pada sekitar tahun 1000-800S.M.
  • Terdapat banyak negara kota pada zaman Yunani dan detiap negara kota  (POLIS)mengandungi sebuah kota yang dikelilingi oleh kawasan pertanian dan di dalam kota terdapat pasar,kubu,kuil dan istana.


Rajah 1.1  POLIS

Keistimewaan  POLIS:
  1. mempunyai corak pemerintahan dan undang-undang serta tuhan.
  2. Setiap negara kota itu sentiasa bersatu padu.
  3. Aecropolis adalah kawasan yang paling tinggi untuk menempatkan bangunan kerajaan dan keagamaan.
  4. Agora iaitu tempat pertemuan  /mesyuarat rakyat yang merupakan pusat ekonomi bagi sesebuah polis.
  5. Kawasan pertaniaan di luar kota menyediakan keperluan penduduk di dalam kota.

  • sistem pemerintahan sentiasa berubah :
                Mornaki (sistem beraja)
                                         ¯
Oligaki (Kuasa pemerintahan terletak dalam   tangan konsul)
                                          ¯telah tumbuh dan berkembang di negara kota
Aristrokrasi (pemerintahan oleh golongan bansawan yang kaya)
                                          ¯
Diktator ( Pemerintahan yang lazim yang memperlihatkan kekuasaan yang digunakan sewenang-wenangnya)
                                          ¯
Demokrasi (pemerintahan yang ditadbir oleh rakyat melalalui pilihan raya  


  • Ekonomi pada masa tamadun yunani adalah aktiviti  perdagangan  dan pertanian.Ia juga asdalah pusat pengumpulan barang.
  • perkembangan pendidikan   berlaku apabila banyak sekolah falsafah tumbuh di negara kota.  Athen dikenali sebagai pusat cendekiawan.   Contoh ahli falsafah yang terdapat di tamadun   yunani adalah  Socrates, Plato dan Aristotle.
  • Alhli sains yang terkenal ialah Hipprocrates (Bapa Perubatan),Achimedes (ahli matematik dan fizik),  dan Ptolemy( tokoh utama dalam bidang astronomi).
  • Sumbangan tamadun tamadun ini ialah sistem demokrasi (penglibatan rakyat secara langsung dalam pembentukan kerajaan .   

Rajah 1.2 Socrates                                              Rajah 1.3 Aristotle







Tamadun Rom


  • Berkembang di kawasan Bukit Palatine berhampiran Sungai Tiber, di lembah Latium.
  • Lembah ini didiami oleh masyarakat Latin.
  • Pemerintah Rom mewujudkan majlis perbandaran di setiap bandar.
  • pearanan majlis perbadaran adalah :




  1. mewujudkan kemajuan dan keselesaan hidup penduduk di Bandar.


  2. menyediakan kemudahan bekalan air.















      1. menyediakan pelbagai kemudahan seperti rumah ibadat ,teater, sarkas,rumah mandi awam,istana dan tempat berdialog.

  • Rom menggunakan sistem pemerintahan republik iaitu negara yang ditadbir oleh wakil yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya dan diketuai oleh presiden.





  • Ciri-ciri sistem replublik di Rom  :

  1. Tiada pemerintahan berkuasa mutlak
  2. Kuasa tertinggi terletak pada dua orang konsul yang dilantik oleh 
    Dewan Senat,antara mereka tiada yang lebih berkuasa.
  3. Konsul dibantu oleh golongan bangsawab bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiraqn negara dan merangka undang-undang.
  4. Dewan senat ialah dewan yang diwakili oleh semua rakyat Rom.
  5. Segala keputusan Dwan Senat akan disampaikan kepada Dewan Perhimpunan untuk diluluskan.





Rajah 1.4 Coloseum
  • Rom  banyak mengambil ahli falsafah dari tamadun Yunani.
  • Boethius (ahli matematik) mengaitkan matematik dengan muzik ,geomatri dan astronomi.
  • Seni bina Rom adalah Coloseum (tempat Pahlawan Rom bertaruh dan sebagai teater
  • Sumbangan  Tamadun Rom adalah sistem republik.Sistem ini diamalkan di India ,Perancis dan Afrika.



Tamadun India

  •  Tamadun ini wujud antara tahun 2500-1800 S.M.Selepas tempoh ini tamadun Indus telah mengalami keruntuhan. Hal ini dikaitkan dengan kedatangan orang Aryan yang telah membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat Lembah Indus.
  • Tahap ini dikenali sebagai Zaman Vedik. Zaman Vedik merupakan permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut kerana pada zaman itulah lahirnya agama Hindu. Setelah beberapa ketika bertapak di Lembah Indus, menjelang abad ketujuh Sebelum Masihi perhatian masyarakat tersebut beralih ke Lembah Ganges.
  •     Pada zaman ini terdapat golongan pemerintah yang terdiri daripada golongan raja.Terdapat dua bentuk kerajaan, iaitu janapada atau kerajaan kecil dan mahajanapada atau kerajaan besar. Di bawah pemerintahan Chandragupta Maurya, kerajaan-kerajaan kecil ini telah disatukan.
  •  Pada tahun 321 S.M. telah lahir empayar yang pertama di India. Ini berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya apabila seluruh India uatara telah disatukan. Dinasti ini mencapai kemuncak kegemilangan pada ketika pemerintahan Asoka.

             Ciri-ciri Sistem pemerintahan tamadun India

Rajah 1.5 Raja yang memerintah India
  1.  mempunyai dua bentuk kerajaan iaitu kerajaaan kecil dan besar.
  2. Kerajaan kecil masih bersifat kepuakan dan tidak mempunyai raja,manakala kerajaan  besar diketuai oleh raja.
  3. Raja mengamalkan kuasa mutlak. Kedudukan raja diperkukuh dengan pelbagaibentuk upacara ritual yang berasakan kepercayaan  bahawa raja adalah suci dan harus dihormati.
  4. Golongan brahmin bertindak sebagai penasihat memainkan peranan penting.
  5.  Golongan kesatria menjadi pemerintah tertinggi serta merupakan golongan dominan

  • Aktiviti perdagangan , perusahaan sutera , perdagangan sutera ,persatuan dan perusahaan, perdagangan maritim, dan perusahaan emas, mutiara dan batu permata menjadi sumber ekonimi kepada tamadun India.
  • Cabang sains dan teknologi pada tamadun India ialah cabang kepada Pengetahuan Vedik.  Pengetahuan astronomi dapat dipetik daripada Rig Veda. Ilmu matematik berkembang pesat pada zaman Gupta.
  • Seni bina  Tmadun India Stupa besar di Sanchi(tujuan keagamaan),Great Bath, Komplek Kuil di Gua Ayantha dan Gua Ellora.
  • Masyarakat Dravidia (selatan India) menggunakan bahasa Telegu,Nalayalam, manakal Indo Arya menggunakan bahasa sankrit, Hindu, Urdu, dan Kasmiri.
  • Sumbangan utama tamadun India adalah agama Hindu dan Buddha serta bahasa sankrit.




Tamadun China


  • Maharaja Shih Huang Ti merupakan pengasas Dinasti Chin dan beliau berjaya memperluas jajahan takluknya hingga terbantuk sebuah empayar.
  •  Jajahan takluknya amat luas sehingga ke Sungai Merah di Vietnam. 
  • Zaman empayar merupakan zaman jajahan takluknya yang luas dapat disatukan di bawah sebuah pentadbiran pusat.



Ciri-ciri Sistem pemerintahan Beraja di China

1.Maharaja menduduki lapisan tertinggi dalam struktur social. Maharaja tinggal di ibu kota Peking dan memerintah kerajaan melalui kuasa mutlaknya.
2. Sistem maharaja di China sebelum campurtangan barat dipegang oleh Dinasti Manchu. Maharaja dibantu oleh pembesar pusat ,wilayah dan daerah.
3. Kedudukan politik sesorang maharaja adalah melalui konsep “mandat dari syurga”.Konsep ini meletakkan maharaja sebagai wakil syurga atau anak syurga.
4. Maharaja dianggap suci dan kuasa memerintah adalah dari syurga.Tiada siapa yang boleh mendakwa maharaja.
5. Maharaja mesti memerintah dengan aman dan adil. Jika berlaku bencana alam atau sebarang kekacauan didalam negeri,ini menunjukkan kegagalan maharaja mengekalkan mandat dari syurga.Maka maharaja akan digantikan oleh pemerintah baru.





                       Rajah 1.6 Barisan tentera yang diperbuat dari tanah liat pada dinasti Chin




  • Tamadun China pula mempunyai ekonomi dari segi pertanian , perdagangan ,persatuan perniagaan dan perniagaan logam dan tembikar.
  • Tamadun China mengamalkan Konsep keseimbangan antara yin dan Yang yang membolehkan seseorang berada dalam keadaan sihat setelah diguna dala asas perubatan tradisionalnya.
  • Tembok besar China (kubu pertahanan sepanjang 1500 batu), Bandar Purba Tembok Batu(Changan ,Anyang)
  • Wujudnya 7 dialek bahasa iaitu Mandarin , Wu,Hunanis,Kiangsi,Hakka,Kantonis dan   Fukien.
  • Sumbangan tamadun China:
    1. Ajaran Confucianisme dan Taoisme
    2. Tembok besar China(pelancongan)
    3. Teknologi kertas dan tembikar
    4. Sistem peperiksaan awam- peperiksaan terbahagi kepada tiga peringkat tahap pertama( peperiksaan akan diadakan di peringkat daerah tahap pertama sama seperti ijazah), tahap keduaseperti sarjana ( peperiksaan diadakan di kota) dan  tahap ketiga seperti doktor falsafah (pelaksanaan peperiksaan sangat ketat sesiapa yang didapati meniru akan dikenakan hukuman bunyh orang yang mengambil peperiksaan akan dikurung makanan disediakan pemeriksa juga dikurung beberapa hari sebelum peperiksaan ini untuk mengelakkan penipuan)






Agama  dan  Ajaran Utama Dunia dan Prinsip- prinsipnya

Agama
Pengasas
Kitab
Ajaran atau Prinsip
Hindu
           -
Kitab Suci Veda
1)      Percaya Tuhan mempunyai tiga fungsi iaitu Mencipta(Brahman),memelihara (Vishnu) dan Membinasa( Siva).
2)      Mempunyai enam aliran iaitu Saivisme, Vaishanavisme,Sakham, Ganapathyam, Kaumaran dan Saura.
3)      Mempercayai nHukum Karm yang berkait dengan kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran selepas mati.
Buddha
Siddharta Gautama
Kitab Tripitaka
1)      Asas ajaran ialah empat kebenaran mulia yang dicapai melalui lapan jalan.
2)      Empat kebenaran mulia iaitu  :
·         Dukkha/penderitaan
·         Nirodha(Nafsu membawa penderitaan
·         Samudaya (sebab penderitaan )
·         Marga (Cara Memadamkan nafsu)
3)      Lapan jalan dalam ajaran Buddha adalah
·         Kepercayaan yang betul
Baik
·         Tujuan yang betul
·         Pertuturan yang baik
·         Perbuatan yang baik
·         Hidup yang baik
·         Usaha yang baik
·         Fikiran yang baik
·         Renungan yang baik


 
 Kristan
Jesus Christ
Old Testament, Nero Testament
1)      Constatntine mengiktirafkan kristian sebagai ajaran yang bebas dianuti masyarakat Rom
2)      Hari Ahad dikhaskan untuk aktiviti agama.
3)      Agama kristian berkembang di Rom sehingga dikenali sebagai Empayar Kristian

Islam
Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W

Al-Quran

1)      Teras agama adalah akidah (keyakinan seluruh jiwa terhadap keesaan  Allah) dan Syariah (Undang-undang yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah Hadis)
2)      Orang Islam wajib yakin dan percaya kepada Rukun Islam dan Rukun Iman.
Confucianisme
Confucius

1)      Prinsip ajaran menekankan moral yang tinggi iaitu prikemanusiaan , Kesusilaan dan ketaatan kepada ibu bapa.
2)      Ketinggian moral daqpat dicapai melalui pendidikan dan perlu dipertegas kepada semua lapisan masyarakat
Taoisme
Lao Tze
Tao Te Ching
1)      Dasar ajarannya ialah Tao yang bermaksud  jalan(semua tindakan manusia ditentukan Tao dan semua manusia tidak boleh membuat sebarang tindakan (wu-wei).
2)      Sekira manusia bertindak bertentangan dengan prinsip wu-wei ,ia akan merosakkan dunia.



No comments:

Post a Comment