Sunday, 1 April 2012

Tamadun

Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana, mudun, madain yang bererti pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarahmadaniyah. Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah culture and civilization atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Perkataan civilization dalam bahasa inggeris berasal dari bahasa Greek civitas yang bermaksud bandar. Para sarjana telah membahas persamaan dan perbezaan istilah-istilah tersebut. Istilah Tamadun banyak digunakan dalam penulisanTamadun Islam.

  • Ibn Khaldun merupakan orang pertama yang membuat kajian khusus tentang tamadun pada kurun ke-14 dalam bukunya al-Muqaddimah li Kitab al-'ibar wa Diwan al-Mabtada' wa al-Khabar fi Ayyam al-'Arab wa al-'Ajam wa al-Barbar.
  • Beliau menggunakan perkataan 'umran sebagai merujuk kepada 'tamadun' yang kita fahami sekarang.
  • Di Eropah, perkataan civilisation hanya mula diungkapkan pada abad ke-18 dan mula digunakan pada kurun ke-19.












Proses pembentukan tamadun  awal bermula  apabila manusia  menyesuaikan diri dengan alam sekeliling.Proses tersebut bermula di sekitar lembah sungai yang dijadikan  sebagai kawasan penempatan. Faktor pembentukan tamadun awal di kawasan lembah sungai adalah  kesuburan tanah, kemudahan pengangkutan , kemudahan mendapat bekalan air, kemudahan perhubungan, kemudahan mendapat makanan, dan pertanian.


Ciri-ciri tamadun  : 


  1.  Pertempatan kekal,
    • kehidupan manusia yang sistematik bagi memastikan bekalan makanan berterusan
    • Kemajuan dalam bidang pertanian terutama dari segi penanaman, penyimpanan makanan dan penternakan binatang.
    • Mencipta peralatan baru seperti cangkul dan teknologi pengairan bagi meningkatkan hasil pengeluaran makanan bagi menampung pertambahan penduduk.



  2. Kehidupan Berorganisasi.







  •  Peningkatan penduduk menyebabkan wujud kehidupan berorganisasi yang mencakupi aspek sosial, ekonomi dan politik
  • Bermula daripada sistem keluarga kemudian menjadi sebuah masyarakat yang komplek.
     3.   Sistem Pemerintahan 
  • Dibentuk untuk menjalankan pentadbiran akibat pertumbuhan masyarakat yang besar.
  • Pemimpin atau raja menggunakan unsur magis atau mendakwa mereka sebagai wakil Tuhan demi mendapat pengikhtirafan sebagai pemerintah. 
4.    Pengkhususan Pekerjaan 

     
                                           LAPISAN  1
RAJA DAN BANGSAWAN

 LAPISAN 2 –GOLONGAN PEMBESAR (PENDETA ,PADERI ,KETUA KELUARGA, KETUA KELOMPOK,KUMPULAN
PENTADBIR, ILMUAN DAN PAKAR KESENIAAN

LAPISAN 3  RAKYAT BEBAS(ARTIS ,PETANI DAN PERDAGANG

LAPISAN 4  HAMBA





  • Kesan daripada peningkatan produktiviti manusia.
  • Barangan atau produk dihasilkan oleh kumpulan tertentu melalui kepakaran kumpulan tersebut.
  • Membawa kepada pertukaran barang (Sistem Barter) yang menjadi asas kepada aktiviti perdagangan.
  • Berlaku hubungan dengan tamadun luar dan menyebabkan penyebaran ilmu pengetahuan, teknologi dan budaya berlaku antara masyarakat.

5.   Agama dan Kepercayaan

  • Mengamalkan kepercayaan Animisme iaitu percaya bahawa terdapat kuasa ghaib yang menguasai alam sekeliling.
  • Unsur-unsur alam seperti pokok, batu, matahari dan laut dipercayai mempunyai semangat dan harus dihormati demi menjaga keamanan dan kemakmuran hidup.
  • Secara evolusi kepercayaan bertukar menjadi agama.
  • Tamadun awal mengamalkan Politeisme iaitu kepercayaan menyembah banyak Tuhan.

6.   Bahasa dan Sistem Tulisan
  •  akibat daripada perkembangan ilmu pengetahuan.
  • Antara fungsi tulisan adalah perhubungan masyarakat, memperkembang idealogi, dan penyimpanan rekod. 
  • Contoh tulisan  :hieroglif ,cuneiform ,ideogram dan piktograf.






Contoh tamadun yang awal ialah  :


1) Tamadun Mesopotamia 3500 S.M di Lembah Sungai Euphrates



  2) Tamadun Mesir Purba 3100 S.M  di Lembah Sungai Nil   



  3) Tamadun Indus 2500 S.M  di Lembah Sungai Indus







  4) Tamadun Hwang Ho 1800 S.M di Lembah Sungai Hwang Ho









































































































No comments:

Post a Comment